Nak Tahu Cara Saya Pilih Saiz Baju Baby yang Sesuai?

<Bacaan 2 Minit>

Korang tahu tak, kenapa kena pilih saiz baju baby yang sesuai?


Salah satunya adalah untuk elakkan baby menangis sebab tak selesa.


Tak selesa maksudnya baju tu terlalu longgar dan akhirnya gagal beri perlindungan suhu yang baik dekat baby.


Dan yang paling UTAMA, supaya baby terhindar dari terkena rengsaan atau ruam kulit.


Ini biasanya disebabkan baju yang terlalu ketat dan tiada perudaraan yang baik terhadap kulit baby. Memang kesian kalau baby kena ruam ni menangis je dia?


Cara Saya Pilih Saiz Baju Baby


..pastikan saiz pakaian yang dipilih tak terlalu kecil dan tak terlalu besar.


Pun begitu, kita digalakkan untuk pilih saiz yang satu tahap lebih besar berbanding umur baby. Contoh, untuk baby newborn 0-3 bulan, pilihlah saiz 3-6 bulan.


Ini bergantung kepada saiz baby juga. Sebab ada baby yang baru lahir beratnya 2.5kg, dan ada juga yang 3.5kg dll. Betul kan?


Saiz baju baby yang dijual di kedai tu hanya lah sebagai panduan sahaja. Maknanya tak semestinya baby kita yang baru lahir tu sesuai dengan saiz baju NEWBORN. Kadang-kadang kena ambil saiz S (3-6 Months) sebab baby kita besar walaupun baru lahir sehari.


Jika ada ukuran badan baby seperti dada atau bahu, boleh gunakan untuk buat pembelian saiz pakaian yang lebih tepat.


Tapi pastikan ukuran badan yang terkini ya. Kalau korang pakai ukuran yang direkodkan bulan lepas atau ukuran yang nurse ambil masa baru lahir tu, mungkin kurang tepat sebab baby dah membesar 1f642 - Tips Memilih Saiz Baju Baby yang Sesuai ??.


Kalau nak pakai lama sikit baju tu, boleh amik 1 saiz besar dari ukuran baby.


Bagaimana para ibu yang hebat? Dah tahu macam mana nak pilih saiz baju baby yang sesuai?


Kalau dah tahu, jangan lupa SHARE kat rakan korang yang belum tahu tau. 1f917 - Tips Memilih Saiz Baju Baby yang Sesuai ??



p/s: Pernah tengok baju nama baby? boleh bayang tak macam mana rupanya? Klik sini saya hantarkan info baju.




Backpack@Blanket Design Catalog:  Total 105 Design *Pilih Design Code **Warna, Nama boleh tukar ***Kalau nak request design baru pun boleh, ...