"Macam mana nak pilih saiz baju untuk baby dan anak?"
First sekali, rujuk carta saiz baju (jika ada). Buat perbandingkan carta saiz ini dengan ukuran badan semasa baby. Lebih senang tengok ukuran baju yang baby pakai sekarang.
"Kenapa kena tengok ukuran carta saiz? Kalau pilih je saiz baju ikut umur tak boleh ke?"
Sebab bukan semua baby sama saiz. Ada baby usia 3 bulan beratnya 3kg. Ada juga yang 6kg. Jadi sudah tentu yang beratnya 6kg tu, saiz badannya lebih besar dari yang 3kg tu.
Kedua. Kalau tak ada carta saiz, boleh rujuk seller. Minta pendapat. Seller berpengalaman biasanya tahu sebab dah ada rekod pelanggan terdahulu.
Di #BabyExclusive, kami ada carta saiz yang anda boleh tengok. Atau anda bagi sahaja berat kg baby, kami akan suggestkan 😊
